ZURICH: Kejohanan Piala Asia 2027 di Arab Saudi berkemungkinan ditunda selama setahun ke 2028 susulan ketegangan keselamatan di rantau Asia Barat, namun Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum bersedia membuat keputusan dalam masa terdekat.
Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa sebelum menentukan nasib kejohanan bola sepak terbesar Asia itu.
Beliau berkata, AFC mempunyai masa sehingga penghujung November ini untuk membuat keputusan berhubung kemungkinan penundaan kejohanan berkenaan.
"Kami boleh menunggu sehingga penghujung November. Keadaan di rantau ini boleh berubah dengan pantas, sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya.









