KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran akan menggantikan serta-merta mana-mana kontraktor Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) yang gagal mematuhi piawaian kerja.

Tegas Perdana Menteri, pihak kontraktor wajib memberi jaminan untuk melaksanakan tugasan dengan pantas serta mencapai standard terbaik.

Katanya, beliau sendiri akan memantau projek berkenaan secara dekat bagi memastikan projek itu siap lebih awal daripada yang dijadualkan, iaitu pada 2030 bagi fasa satu, selain akan mengarahkan kementerian dan pihak berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melakukan perkara sama dalam mesyuarat Kabinet esok.

"Walaupun ini satu projek Residensi Siswa, saya lihatnya daripada konteks yang lebih luas, perancangan, falsafah dan konsepnya serta pastikan ia disiapkan dengan baik.