KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) dijadikan model pengurusan pembangunan yang bersih, cekap dan bebas daripada ketirisan serta pembaziran dana awam.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu perlu mengambil iktibar daripada kelemahan pengurusan projek terdahulu yang menyaksikan peningkatan kos, kelewatan dan pembinaan terbengkalai sehingga menyebabkan kerugian kepada negara.