LONDON: Bekas pengendali England, Gareth Southgate tidak melihat dirinya akan kembali ke dunia kejurulatihan selepas minatnya untuk terus terbabit dalam bola sepak berubah sejak meninggalkan skuad kebangsaan itu pada 2024.
Southgate, 56, mengemudi England ke dua final Euro pada 2021 dan 2024, namun gagal menamatkan penantian negara itu sejak 1966 untuk menjulang trofi kejohanan utama.
Beliau meletakkan jawatan sejurus selepas Euro 2024 dan sejak itu memilih untuk meneroka pengalaman baharu di luar bola sepak berbanding mencari peluang kembali mengendalikan pasukan.
Antara pengalamannya termasuk menjadi pensyarah jemputan di Harvard Business School di Boston, selain menerajui sebuah dokumentari yang menyaksikan beliau menjelajah seluruh United Kingdom bagi memahami cabaran dihadapi golongan lelaki dan remaja lelaki.









%2Ffile%2Fattachments%2F886%2Fimage46_303911.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)