REMBAU: Nasihat supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan menunaikan umrah masih diteruskan berikutan ancaman keselamatan akibat serangan pemberontak Houthi terhadap Arab Saudi yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kerajaan tidak mengeluarkan larangan rasmi, langkah nasihat menangguhkan perjalanan itu amat penting demi keselamatan jemaah negara ini.
Katanya, Kementerian Luar cuma memberi nasihat perjalanan kerana kita dapati pada masa ini perjalanan ke Arab Saudi dikategorikan sebagai tidak selamat.
"Jika tidak ada apa-apa keperluan yang mendesak, Kementerian Luar menasihatkan supaya tangguhkan dulu. Namun terpulanglah kepada antara jemaah atau pun berunding dengan syarikat-syarikat yang menguruskan pakej umrah mereka.









