PRAGUE: Struktur tertinggi di Republik Czech, pemancar radio Liblice yang dianggap sebagai pemancar penyiaran gelombang sederhana tertinggi di dunia, dirobohkan pada hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rakaman video menunjukkan dua menara kekisi keluli setinggi 355 meter itu runtuh dalam tempoh beberapa saat selepas bahan letupan yang dipasang pada beberapa kabel penyokongnya diledakkan.
Kira-kira 4.5 kilogram bahan letupan khas digunakan, manakala juruteknik mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke puncak menara menggunakan lif penyelenggaraan.
Polis mengosongkan kawasan larangan sebelum operasi itu dijalankan. Tarikh perobohan tidak diumumkan lebih awal bagi mengelakkan orang ramai berkumpul untuk menyaksikannya.










