KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Lok Hong Quan serta beregu wanita, Dania Sofea-Tan Zhing Hui antara wakil Malaysia yang mencatat kemenangan pada pusingan 16 Kejohanan ALLIANZ Malaysia Super 100 2026, hari ini.
Khai Xing-Hong Quan mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan beregu Jepun, Takuto Goto-Tsubasa Yoshida, 21-17, 21-19 bagi meneruskan kemaraan.
Hong Quan gembira dapat bergandingan dengan pasangan berbeza kali ini selepas sekian lama bergandingan bersama Faiz, selain teruja mempelajari corak permainan baharu, khususnya dari segi kawalan permainan dan intensiti perlawanan.
"Saya teruja untuk merasai corak permainan yang berbeza, terutama dari segi kawalan pukulan, keseimbangan antara serangan dan pertahanan serta intensiti permainan," katanya.









