London: Pendahulu kejuaraan Formula Dua (F2), Rafael Camara bakal membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) musim depan selepas mengikat kontrak bersama Haas.

Pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat itu mengesahkan pelantikan pelumba Brazil berusia 21 tahun berkenaan pada Khamis, sekali gus membuka laluan buatnya beraksi di pentas tertinggi sukan permotoran dunia.

Camara yang juga pelumba Akademi Ferrari kini mendahului kedudukan keseluruhan F2 dengan kelebihan tujuh mata mengatasi pencabar dari Bulgaria, Nikola Tsolov, ketika saingan berbaki dua pusingan.

Dia sebelum ini turut membuktikan kemampuan apabila muncul juara Formula Tiga (F3) musim lalu.