NILAI – Seorang pegawai kerajaan berusia lingkungan 30-an ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters petugas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang juga petugas KLIA dipercayai dibunuh sebelum suaminya berusia lingkungan 30-an menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira pukul 8 malam.
Difahamkan, kes diserahkan kepada IPD Nilai sebelum anggota polis bertugas hadir ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Pasangan terbabit dipercayai mempunyai dua anak perempuan yang masih bersekolah tadika.









