MARANG: Seorang tukang rumah berusia 43 tahun maut, manakala adik perempuannya cedera parah selepas dipercayai diserang adik lelaki mereka menggunakan tukul besi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi, mangsa diserang ketika berada di rumah di Kampung Banggol Tasek, Bukit Payong, di sini.
Ibu mangsa, Hasnah Sulong, 63, berkata ketika kejadian dia berada di ruang tamu sebelum terdengar bunyi seseorang dipukul dari bahagian hujung rumah.
Beliau berkata, keadaan menjadikan cemas apabila dia terdengar jeritan sebelum mendapati anak sulungnya, Mohd Nasir Ismail, 43, berlumuran darah.
Katanya, dia terus memanggil suaminya Ismail Ibrahim, 80, yang ketika itu berada di luar rumah untuk melihat apa yang berlaku.








