LONDON: Bintang muda Brazil, Rafael Camara bakal membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) bersama Haas musim depan selepas menandatangani kontrak panjang dengan pasukan itu, umum pasukan milik Amerika Syarikat berkenaan, hari ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu kini mendahului kedudukan keseluruhan Formula Dua (F2) dengan berbaki dua pusingan, selepas muncul juara Formula Tiga (F3) tahun lalu.

Kehadiran Camara bakal menjadikan dirinya sebagai pelumba Brazil kedua di grid permulaan F1, menyertai Gabriel Bortoleto yang kini mewakili Audi.

Camara akan menggantikan pelumba Perancis, Esteban Ocon, yang pemergiannya diumumkan bulan lalu.