JAKARTA: Indonesia mula menggunakan ais kering bagi menyuraikan jerebu tebal akibat kebakaran hutan di Sumatera Selatan dengan menabur 1,600 kilogram bahan itu dalam operasi percubaan modifikasi cuaca hari ini.

Pemangku Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana, Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Berton Panjaitan, berkata operasi itu membabitkan dua penerbangan, masing-masing membawa 800 kilogram (kg) ais kering, dengan menyasarkan kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang.

"Laporan awal menunjukkan jarak penglihatan di sekitar kawasan itu bertambah baik daripada kira-kira 650 meter kepada 2,800 meter," katanya dalam kenyataan pada Khamis.