ZURICH: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, gagal memberikan jawapan memuaskan berhubung rancangannya membuka ruang kepada pelabur swasta untuk memiliki kepentingan dalam kejohanan utama badan induk itu, termasuk Piala Dunia.

Perkara itu didedahkan anggota kanan Majlis FIFA selepas mesyuarat tertutup di ibu pejabat badan berkenaan di Zurich.

Infantino turut memohon maaf berhubung kegagalan pelaksanaan projek itu.

Presiden Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), Bernd Neuendorf berkata, pelbagai persoalan kritikal dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan, namun jawapan diberikan tidak memuaskan.