Nilai: Seorang wanita maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah unit rumah kakitangan kerajaan dekat Jalan Kuarters KLIA, di sini, malam ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 8.30 malam sebelum pasukan digegaskan ke lokasi.
"Maklumat awal yang kami terima membabitkan kes bunuh seorang wanita berusia 35 tahun yang juga kakitangan kerajaan.
"Berdasarkan siasatan awal buat masa ini mangsa dibunuh suaminya. Suspek dikatakan menyerah diri di balai polis selepas kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.








