Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan pengagihan peruntukan pembangunan dalam bidang itu yang diumumkan pada Belanjawan 2027 disalurkan secara adil serta saksama kepada semua persatuan sukan kebangsaan.

Menteri berkenaan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata fokus pengagihan itu akan mengambil kira potensi setiap sukan terutamanya yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa dan persiapan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

"Kita pastikan pengagihan kepada persatuan-persatuan sukan itu sesuai dengan apa yang diharapkan. Maknanya, kita melihat dari segi prospek sukan itu dalam memberikan pulangan pingat dan sudah pasti sukan-sukan Olimpik menjadi keutamaan," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.