KUALA LUMPUR: Penyaluran dana RM130 juta bagi menyokong industri kreatif tempatan perlu dilaksanakan secara telus, adil dan saksama supaya manfaatnya benar-benar dinikmati penggiat yang layak, bukan sekadar menjadi peruntukan di atas kertas.

Vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz, berkata mekanisme pengagihan dana serta pelaksanaan pengecualian duti hiburan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 perlu dipantau rapi bagi memastikan matlamat membantu pemain industri tercapai.

Menurutnya, pihak yang diberi tanggungjawab menguruskan peruntukan itu perlu memastikan dana disalurkan kepada golongan sasaran berdasarkan kriteria yang jelas dan adil.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Perdana Menteri yang peka dengan penggiat industri. Cuma, saya berharap penyaluran dana itu dijalankan secara telus, adil dan saksama oleh pihak yang diamanahkan.