KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat Pas Malaysia mengecam diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan Islam di Azerbaijan yang didakwa berdepan sekatan kerana memakai hijab sehingga menjejaskan hak mereka mendapatkan pendidikan.Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa Dewan Muslimat Pas, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, tiada kerajaan berhak memaksa wanita Islam memilih antara pegangan agama dengan masa depan mereka.Beliau berkata, pendidikan tidak sepatutnya dijadikan alat untuk memaksa wanita Islam meninggalkan identiti agama masing-masing."Kami amat kesal apabila diskriminasi sebegini masih berlaku di sebuah negara majoriti Muslim."Tiada kerajaan berhak memaksa wanita Islam memilih antara agama dengan masa depan mereka," katanya dalam satu kenyataan.Menurut Mumtaz, hijab bukan sekadar fesyen atau kenyataan politik, sebaliknya melambangkan keimanan, maruah dan identiti wanita Islam.Beliau menyifatkan tindakan memaksa wanita Islam menanggalkan hijab sebagai pencabulan kebebasan beragama serta hak individu untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.Sehubungan itu, Dewan Muslimat Pas menyatakan solidariti terhadap wanita, pelajar dan guru di Azerbaijan yang mempertahankan hak mereka untuk memakai hijab.Organisasi itu turut mendesak kerajaan Azerbaijan membatalkan segera sekatan berkenaan serta membenarkan semua pelajar dan guru yang terjejas kembali ke sekolah tanpa syarat."Tiada wanita sepatutnya mengorbankan agamanya demi mendapatkan pendidikan. Hijab ialah hak kami, dan maruah kami bukan untuk dipertikaikan," katanya.