KUALA LUMPUR: Sebanyak 25,000 lesen Coursera di bawah inisiatif Pas Pembelajaran Global Rakyat Digital habis dilanggan berikutan permintaan tinggi orang ramai.
MyDIGITAL Corporation dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pendaftaran masih dibuka, dengan pemohon baharu akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu keutamaan bagi kohort kedua.
Ia berkata, kumpulan lesen seterusnya akan ditawarkan sebaik saja lesen tambahan tersedia.
"Inisiatif yang dibiayai sepenuhnya kerajaan itu dilaksanakan Kementerian Digital menerusi MyDIGITAL Corporation dengan menyediakan akses percuma selama tiga bulan kepada lebih 16,000 kursus, projek berpandu dan sijil profesional di platform Coursera.









