Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memahami keresahan ibu bapa yang terpaksa menunggu keputusan pengoperasian sekolah setiap hari sepanjang negara berdepan jerebu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ketetapan berhubung perkara itu perlu mematuhi garis panduan ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berhubung pengurusan jerebu, yang berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).

Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan penyelarasan tatacara pengoperasian sekolah berpandukan PTJK.

"Langkah ini bertujuan memastikan keputusan dibuat secara lebih tersusun berdasarkan penilaian keadaan semasa, termasuk bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini,