PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menjawab seorang pengguna media sosial yang menyatakan kementeriannya lambat menangani isu jerebu melibatkan pendidikan sebaliknya perkara ini sudah dibincangkan sejak lebih dua bulan lalu.

Beliau berkata, pertemuan terbaharu diadakan bagi memperkemas penyelarasan antara agensi yang terlibat dalam menangani situasi jerebu.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian kerana pengurusan isu itu turut membabitkan tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan agensi lain.

“Jadi memang kena duduk berbincang dari semasa ke semasa,” katanya.