SEPANG: Malaysia akan membawa isu jerebu rentas sempadan ke mesyuarat peringkat Menteri Luar ASEAN sebelum Sidang Kemuncak ke-49 blok itu di Manila, Filipina, bulan depan bagi membincangkan mekanisme serantau yang lebih berkesan menangani masalah terbabit.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata isu jerebu perlu diberi perhatian khusus memandangkan ia tidak termasuk dalam mekanisme ASEAN sedia ada berkaitan bencana alam.
"Kita memang ada mekanisme (dalam) ASEAN berkenaan dengan bencana alam tapi jerebu tidak termasuk (diklasifikasikan) sebagai bencana alam.
"Jadi memang ia menjadi satu daripada isu yang saya sendiri akan bawa dalam mesyuarat dengan rakan sejawat saya," katanya kepada media selepas menghadiri keberangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F54bd69c215315b7aeab0b61a18541b8a.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
