SEREMBAN: Semua institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup esok susulan keadaan jerebu yang melanda ketika ini.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan sepanjang tempoh penutupan, semua murid termasuk yang berada di asrama mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid.
"Susulan keadaan jerebu semasa, semua institusi pendidikan berdaftar dengan KPM di Negeri Sembilan diarahkan ditutup esok, Selasa.
"Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan melaksanakan Bekerja dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2F9b9a5580ddb583f4be41effb0ba0c77e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)