KUALA LUMPUR: Gaya hidup sihat terus menjadi teras Co-opbank Pertama (CBP) yang terserlah menerusi penganjuran Pickleball CBP Bersama Media 2026 yang berlangsung dengan kehadiran wakil CBP dan puluhan pengamal media beraksi di Premier KL Pickleball di Taman Setiawangsa, semalam.
Penganjuran pertandingan ini adalah kesinambungan Karnival Sukan CBP Bersama Media yang sebelum ini menampilkan acara boling dan bola sepak yang diadakan secara tahunan.
Edisi kali ini disertai oleh 20 pasukan beregu lelaki dan 16 pasukan beregu wanita yang terdiri daripada warga CBP dan rakan media.
Ketua Jabatan Pengurusan Strategik (SMD) CBP, Syaiful Arief Syah Mohamed Said, berkata penganjuran Pertandingan Pickleball CBP Bersama Media 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap peranan warga media dalam menyampaikan maklumat serta liputan berkaitan aktiviti dan inisiatif CBP.









