KUANTAN: Jurulatih Pahang Rangers FC, Eloy Alonso Fraile memuji kesungguhan tinggi barisan pemain yang bangkit membenam Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 pada masa tambahan pada saingan separuh akhir kedua Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor, kelmarin.
Istilah tidak putus asa yang ada dalam diri setiap pemain membolehkan mereka bangkit menjinakkan lawan yang berada di hadapan dengan jaringan 3-2 pada masa sebenar.
Menurut Fraile, secara keseluruhan permainan pasukan Pahang Rangers pada pertemuan dengan JDT malam kelmarin begitu menyerlah terutama pada pada masa tambahan, kebangkitan pada babak kedua begitu ketara menerusi jaringan pemain import Rodrigo da Silva dan Felipe de Souza.









