SHAH ALAM – Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup pada Selasa susulan situasi jerebu semasa.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut melibatkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.Menurut beliau, di Pahang pula hanya sekolah di bawah PPD Kuantan dan Rompin ditutup."Sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa."Begitu juga sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terlibat dengan penutupan."Bagi sekolah yang beroperasi seperti biasa, pihak sekolah diminta memastikan aktiviti luar dipantau mengikut keadaan kualiti udara semasa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Fadhlina berkata, ibu bapa, murid dan warga sekolah turut dinasihatkan supaya memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar, khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu."Semua pihak diminta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini," ujarnya.
Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok

Key takeaways
Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok kerana jerebu.
- Sekolah di Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain beroperasi seperti biasa.
- Pihak sekolah diminta pantau aktiviti luar mengikut kualiti udara.
- Ibu bapa dan murid dinasihati pakai pelitup muka di kawasan terjejas jerebu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Free Malaysia Today , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok.
- Berita Harian Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok
- Free Malaysia Today Jerebu: Semua sekolah di 4 negeri, KL dan Putrajaya tutup
- Sinar Harian Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok (this story)









