KUALA LUMPUR: Kerajaan masih meneliti mekanisme subsidi elektrik bagi 2027 bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) dengan parameter pelaksanaan serta kaedah pembiayaan masih belum dimuktamadkan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, berkata mekanisme semasa yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2026 bertujuan melindungi kira-kira 85 peratus isi rumah daripada kenaikan bil elektrik.

Beliau berkata, peluasan perlindungan subsidi sebelum ini mengambil kira peningkatan penggunaan elektrik susulan cuaca panas dan jerebu yang menyebabkan sebahagian pengguna melebihi paras penggunaan 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan serta berdepan kenaikan bil yang ketara.