KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sementara menunggu rayuannya.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan demikian selepas menolak permohonan Najib selain meneliti dan mendengar hujah secara lisan daripada kedua-dua pihak hari ini.

Najib menfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Hukuman penjara 15 tahun bagi kes 1MDB itu diperintahkan bermula selepas beliau selesai menjalani hukuma