KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bersabit kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md. Nurdin selepas menolak permohonan itu pada prosiding pendengaran rayuan hari ini.
Permohonan penangguhan itu difailkan oleh Najib, 73, sementara menunggu rayuan berhubung sabitan dan hukuman berkenaan didengar serta diputuskan di Mahkamah Rayuan.
Pada 26 Disember 2025, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda berjumlah RM11,387,888









