SINGAPURA: Bacaan zarah halus PM2.5 setiap jam meningkat di semua kawasan Singapura pada pukul 3 petang Rabu, dengan angka di bahagian barat melonjak kepada 288 dalam kategori sangat tinggi.

Menurut laporan CNA, bacaan PM2.5 setiap jam turut berada pada tahap tinggi di kawasan selatan (177), timur (208) dan tengah (218). Bacaan di kawasan utara pula meningkat kepada 140, dalam kategori meningkat.

Sehingga 3 petang Rabu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi tempoh 24 jam berada dalam kategori tidak sihat di semua kawasan, dengan bacaan antara 114 hingga 160.

Menurut nasihat kesihatan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), apabila bacaan PM2.5 setiap jam memasuki kategori sangat tinggi, iaitu 251 dan ke atas, orang ramai disaran meminimumkan aktiviti luar untuk tempoh sejam berikutnya.