KUALA LUMPUR: Rundingan berhubung tuntutan kerajaan susulan pembatalan perolehan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) masih diteruskan sebelum tindakan undang-undang dipertimbangkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan masih berusaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan dengan pihak berkaitan.

“Sekarang masih dalam rundingan. Kalau kita tidak dapat mencapai sebarang persetujuan, perkara itu akan dirujuk untuk tindakan saman atau timbang tara,” katanya pada sidang akhbar Pemeterian Nota Kerjasama Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta Pelancaran Laluan Pengiktirafan Kemahiran di bawah Inisiatif MyBakat Veteran di sini, hari ini.