JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seekor harimau ketika menggunakan jambatan berhampiran Simpang Tenggaroh (laluan antara Kota Tinggi ke Mersing), di sini.
Kejadian dipercayai berlaku ketika keluarga berkenaan berada di dalam kereta dan video berkenaan tular di media sosial Facebook (FB), semalam.
Bagaimanapun, harimau itu tidak mengancam keselamatan keluarga berkenaan dan bergerak ke arah kawasan belukar.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Mohd Firrdhaus Mahmood, berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima aduan rasmi berkaitan penemuan haiwan terbabit selain daripada maklumat diperoleh menerusi FB.









