KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mematuhi garis panduan ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dalam mengendalikan operasi sekolah ketika situasi jerebu ketika ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata beliau memahami keresahan ibu bapa yang terpaksa menunggu keputusan pengoperasian sekolah setiap hari sepanjang situasi jerebu.

Beliau berkata, KPM kini memulakan penyelarasan tatacara pengoperasian sekolah berpandukan PTJK.

"Langkah ini bertujuan memastikan keputusan dibuat secara lebih tersusun berdasarkan penilaian keadaan semasa, termasuk bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).