PETALING JAYA – Pengurusan jerebu di negara ini perlu berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), termasuk keputusan berkaitan pengoperasian sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyelaraskan tatacara pengoperasian sekolah bagi memastikan keputusan dibuat secara lebih teratur dengan mengambil kira keadaan semasa.

Katanya, berdasarkan penyelarasan berkenaan, semua aktiviti luar bilik darjah akan ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100, manakala sekolah ditutup apabila