KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd (Gamuda) menerusi usaha sama dengan MiTAC Information Technology Corp (MiTAC) yang berpangkalan di Taiwan, berjaya memperoleh kontrak bernilai NT$29.22 bilion (kira-kira RM3.72 bilion) bagi mereka bentuk dan membina sistem Transit Aliran Massa (MRT) Keelung serta projek kerja landasan di Taiwan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda menjelaskan bahawa syarikat itu memegang 72.84 peratus kepentingan penyertaan dalam JV tersebut, dengan bahagian kontraknya bernilai kira-kira RM2.71 bilion, manakala MiTAC memegang baki 27.16 peratus.

Menurut syarikat itu, kontrak itu telah dianugerahkan hari ini oleh Jabatan Sistem Transit Rapid Kerajaan Bandar Raya New Taipei.