KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh JAG Bhd, JAG Capital Equity Sdn Bhd melanggan saham baharu yang mewakili 6.17 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar bagi Metal Bank Ltd.
Metal Bank adalah syarikat penerokaan dan pembangunan emas yang disenaraikan di Australia pada harga A$752,400 (kira-kira RM2.15 juta).
Pakar pengurusan sisa menyeluruh (TWM) dan pemulihan sumber itu menjelaskan, pihaknya telah menandatangani perjanjian mengikat untuk melanggan 60 juta saham baharu Metal Bank pada harga A$0.01254 sesaham yang akan dibiayai menerusi dana dalaman.
"Menerusi pelaburan itu, JAG Capital bakal menjadi pelabur teras strategik dalam Metal Bank," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.









