Petaling Jaya: Penyanyi, Idayu Yaakob memaklumkan dia sudah menghantar Notis Tuntutan (LOD) menerusi peguamnya kepada lebih 100 individu yang menghina dirinya dan keluarga susulan pandangan mengenai teknik nyanyian di media sosial.

Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob, 41, berkata tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada individu yang suka melemparkan kata-kata kesat terhadap orang lain.

"Sejujurnya, yang menandakan nama saya di Threads memang ramai selepas saya bagi pandangan selaku guru vokal dan vocal styling.

"Saya tidak ambil peduli kalau setakat kritik kerjaya, tetapi bila masuk bab menghina, mencaci maki saya dan keluarga, itu yang saya hantar LOD.