Kota Kinabalu: Tidak wujud golongan yang amat berpengaruh (VVIP, orang kenamaan (VIP) atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan lima remaja perempuan dikaitkan dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Inspektor Wong Yew Zhung, ketika disoal peguam Ahmad Fikry Jaafar Abdullah yang mewakili empat remaja dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, berkata perkara itu adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihaknya.

Ahmad Fikry: Berdasarkan siasatan Tuan, adakah terdapat kewujudan VIP, VVIP atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesalah kanak-kanak A, B, C, D dan E?

Ahmad Fikry: Berdasarkan siasatan Tuan, sila terangkan adakah Tuan menemukan sebarang bukti bahawa mana-mana VVIP, VIP atau ahli politik telah memberikan perlindungan, menggunakan pengaruh atau mengambil apa-apa tindakan bagi membantu pesalah kanak-kanak A, B, C, D dan E mengelakkan tindakan undang-undang dalam kes ini?