DOHA: Bekas tonggak Manchester City, Riyad Mahrez sah menyertai kelab Qatar, Al Shamal selepas menamatkan perjalanan tiga musim bersama Al Ahli.
Perpindahan pemain sayap Algeria berusia 35 tahun itu diumumkan Al Shamal menerusi media sosial,hari ini ketika kelab berkenaan berusaha memperkukuh cabaran dalam saingan liga.
"Kaki kirinya mencipta sejarah dan cita-cita kami kini mahu menulis kisah seterusnya. Riyad Mahrez dalam warna Al Shamal," menurut kenyataan kelab itu menerusi platform X.
Mahrez meninggalkan Al Ahli selepas membantu kelab Arab Saudi itu menjuarai Liga Juara-Juara Elit AFC dua musim berturut-turut, pada 2025 dan 2026.






