Doha: Bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez memulakan cabaran baharu apabila menyertai kelab Qatar, Al Shamal secara percuma selepas meninggalkan juara Liga Pro Saudi, Al Ahli.
Kelab Liga Bintang Qatar itu mengumumkan kehadiran pemain sayap Algeria berusia 35 tahun berkenaan pada Rabu, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kariernya selepas tiga musim bersama Al Ahli.
"Sepakan kaki kirinya mencipta sejarah dan cita-cita kami kini mahu menulis bab seterusnya. Riyad Mahrez dalam warna jersi Al Shamal," menurut kenyataan kelab itu menerusi platform X.
Mahrez meninggalkan Al Ahli selepas membantu kelab dari Jeddah itu menjulang gelaran Liga Juara-Juara AFC Elit dua musim berturut-turut pada 2025 dan 2026.






