London: Kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan Brighton and Hove Albion, Pascal Struijk ketika menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu, dibatalkan selepas rayuan kelab itu diterima.
Brighton mengesahkan keputusan itu pada Rabu selepas Suruhanjaya Kawal Selia membenarkan rayuan mereka terhadap tindakan pengadil yang dianggap sebagai pemecatan tidak wajar.
Struijk dilayangkan kad merah pada minit ke-57 selepas didakwa mengasari penyerang Sunderland, Wilson Isidor, ketika pemain itu cuba mengejar hantaran lorong.
Pada mulanya, pengadil Thomas Bramall dan pembantunya tidak mengesan sebarang kekasaran sebelum pengadil video bantuan pengadil (VAR), Neil Davies campur tangan dan meminta Bramall meneliti insiden itu menerusi skrin di tepi padang.






