Riyadh: Liga Bolasepak Arab Saudi (SPL) menangguhkan tiga perlawanan Liga Pro Saudi, termasuk aksi membabitkan kelab Cristiano Ronaldo, Al Nassr susulan peningkatan ketegangan konflik antara gabungan pimpinan Arab Saudi dan kumpulan Houthi di Yaman.

Penangguhan itu membabitkan perlawanan minggu kesembilan yang dijadual berlangsung mengikut kalendar asal, dengan SPL memaklumkan keputusan berkenaan dibuat atas faktor logistik serta bagi memastikan tempoh rehat minimum antara perlawanan dipatuhi.

Menerusi kenyataan di laman web rasminya pada Selasa, SPL mengesahkan pertembungan pendahulu liga, Al Hilal menentang Al Riyadh serta aksi Al Ittihad bertemu Al Shabab ditunda ke 19 Disember ini.

Sementara itu, perlawanan antara Al Ahli dan Al Nassr yang dibarisi Ronaldo dijadual semula pada 6 Mac 2027.