Kuala Terengganu: Remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan di sebuah pasar di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek yang juga pelajar sebuah sekolah di daerah ini, ditahan pada 11.30 pagi hari ini selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian terbabit daripada ibu mangsa.

Menurutnya, laporan itu dibuat selepas ibu mangsa dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pasar berkenaan yang melihat anak perempuannya dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki di lokasi terbabit.

"Mangsa kemudiannya memberitahu ibunya yang dia dirogol oleh pelajar lelaki terbabit.