KUALA TERENGGANU: Pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah pasar di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata suspek yang juga pelajar sekolah sama dengan mangsa ditahan kira-kira jam 11.30 pagi tadi selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa.

Beliau berkata, terdahulu, ibu mangsa dimaklumkan pengawal keselamatan yang bertugas di pasar berkenaan yang melihat anak perempuannya dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki di lokasi terbabit.

"Mangsa kemudian memberitahu ibunya yang dia dirogol oleh lelaki terbabit. Mangsa turut mengaku yang dia adalah teman wanita kepada suspek.