KUALA LUMPUR: Peluasan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) daripada 30 kepada 50 konstituen dijangka memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai ekonomi domestik Malaysia.

Menurut AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital), impak terhadap wajaran konstituen sedia ada dijangka masih dapat diuruskan.

Timbalan Ketua Ekuiti (Malaysia) AHAM Capital, David Loh, berkata peluasan itu akan memberikan liputan lebih luas terhadap pasaran domestik yang telah lama diwakili oleh jumlah syarikat yang kecil selain membolehkan prestasi lebih banyak sektor terutama teknologi dicerminkan dalam indeks penanda aras itu.

"Sejak sekian lama, kritikan utama terhadap indeks Malaysia banyak tertumpu kepada sektor ekonomi lama. Banyak saham teknologi mencatatkan prestasi baik sebelum ini namun prestasi itu tidak dicerminkan dalam FBM KLCI berikutan saham itu tidak tersenarai dalam indeks berkenaan.