ZURICH: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berdepan tekanan hebat apabila perlu bertemu pemimpin bola sepak dunia yang mahu beliau berundur dalam mesyuarat Majlis FIFA, Khamis ini.
Pertemuan itu menjadi yang pertama membabitkan Infantino dan barisan tertinggi FIFA sejak rancangan beliau menjual pegangan dalam kejohanan komersial badan induk itu, termasuk Piala Dunia, gagal dilaksanakan.
Infantino sebelum ini berdepan desakan meletakkan jawatan daripada pemimpin tiga konfederasi bola sepak utama iaitu Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Konfederasi Bolasepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF).
Wakil ketiga-tiga konfederasi itu akan menghadiri mesyuarat di Zurich bersama pemimpin dari Afrika, Amerika Selatan dan Oceania.






