KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 projek pusat data dengan anggaran nilai pelaburan RM225.97 bilion telah diluluskan di bawah Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) sehingga Julai 2026, menurut Kementerian Digital.
Kementerian itu memaklumkan projek berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan 84 projek pusat data yang diluluskan sehingga tempoh itu.
Menurutnya daripada 27 projek di bawah DCTF yang ditubuhkan pada Februari 2025, sebanyak 16 pusat data berada di Johor, 10 di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.
"Daripada 27 buah pusat data itu, satu pusat data telah beroperasi manakala 26 lagi masih dalam status pembinaan," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.






