BENGALURU: Pemaju pusat data berpangkalan di Singapura, DayOne memperoleh pembiayaan tambahan bernilai RM15 bilion (AS$3.67 bilion) daripada konsortium tujuh bank bagi membiayai peluasan operasinya di Malaysia.

Konsortium perbankan berkenaan merangkumi DBS Group, Standard Chartered, CIMB Group Holdings, Maybank, Crédit Agricole CIB, Oversea-Chinese Banking Corp dan United Overseas Bank.

Memetik Reuters, syarikat itu memaklumkan, pembiayaan baharu tersebut terdiri daripada kemudahan pinjaman berjangka luar pesisir berjumlah AS$2.4 bilion (RM9.81 bilion) dan kemudahan Murabahah bernilai RM5.5 bilion.

“Suntikan dana terbaharu itu menyusuli kemudahan pinjaman bernilai RM15 bilion yang berjaya diperoleh DayOne pada tahun 2025.