KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan suaminya gagal dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal, Hani Othman sekali lagi ke negara itu bagi meneruskan usaha mencari Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai Loe.

Hani sebelum ini berangkat ke Kathmandu pada 28 Ogos lalu, dua hari selepas suaminya dilaporkan hilang, atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan perkembangan secara langsung mengenai operasi pencarian.

Kini, Hani kembali ke Nepal dengan merancang melakukan pencarian di sekitar Trishuli, Dhunche dan Syabrubesi menggunakan kereta.

Katanya, beliau melakukan pencarian bersama seorang lagi waris mangsa, namun mereka bergerak secara berasingan di kawasan berbeza.