Johor Bahru: "Saya tak sangka apa dilakukan itu akan dapat perhatian dan besar maknanya buat mereka kerana sedar diri ini hanya insan yang kerdil.
"Tapi saya gembira dan bersyukur sangat jika apa dilakukan itu memberi kegembiraan kepada orang lain."
Itu kata Muhammad Ariff Asslam Mazli, 31, iaitu pembantu pemandu lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mendapat perhatian selepas tular videonya melambai kanak-kanak dari dalam tren.
Menerusi video itu, kanak-kanak berkenaan kelihatan teruja sebaik kereta api berkenaan lalu melintas di hadapan mereka walaupun hanya dapat melihat daripada kejauhan.






