KOBE: Vissel Kobe meneruskan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Elit AFC apabila menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Motors, 2-0, sekali gus meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam fasa liga zon Timur, hari ini.

Yuya Osako membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-12 selepas melepaskan diri daripada kawalan pertahanan untuk menyudahkan sepakan penjuru Katsuya Nagato.

Yuya Kuwasaki kemudian mengesahkan kemenangan Kobe menerusi jaringan pada minit ke-68 hasil gerakan Yoshinori Muto, yang membuka ruang sebelum Kuwasaki melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Jeonbuk, Song Bum-keun.

Osako menyifatkan kemenangan di laman sendiri itu amat penting bagi memastikan kempen Kobe bermula dengan langkah positif.